Format Pertandingan OMK 2021

Format Pertandingan

 

  • Pertandingan akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian melalui platform Google Forms.
  • Pautan soalan akan dihantar melalui e-mel Penyelaras Sekolah/Institusi pada hari kejadian sebelum pertandingan bermula. Penyelaras Sekolah/Institusi perlu menghantar semula pautan tersebut kepada semua peserta sekolah/institusi masing-masing.
  • Masa menjawab ialah 2 jam 30 minit (Tambahan masa 10 minit untuk Grace Period)
  • Semua peserta akan menjawab secara serentak seluruh Malaysia pada 31 Julai 2021 bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
  • Peserta Bongsu, Muda dan Sulung akan menerima set soalan yang berbeza tahap kesukaran mengikut kategori masing-masing.
  • Set soalan adalah dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A (6 soalan) dan Bahagian B (3 soalan).
  • Pelajar hanya perlu menghantar jawapan sahaja untuk Bahagian A manakala memuatnaik jawapan beserta jalan penyelesaian untuk Bahagian B.
  • Markah keseluruhan ialah 30 markah dengan pecahan 12 markah untuk Bahagian A dan 18 markah untuk Bahagian B.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »