Soalan Lazim
Pendaftaran boleh dilakukan dengan memuat turun Borang Pendaftaran Peserta OMK 2023 di laman Pendaftaran. Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan dihantar semula melalui e-mel kepada Sekretariat OMK (umtomk@gmail.com) atau Penyelaras Negeri masing-masing.
Keahlian PERSAMA perlu diperbaharui setiap tahun dan pendaftaran keahlian boleh dilakukan serentak dengan pendaftaran peserta OMK.
Keahlian PERSAMA hanyalah untuk sekolah/institusi sahaja (termasuk Pusat Tuisyen berdaftar) dan tidak tertakluk kepada peserta persendirian/homeschooling.
Pertandingan akan dijalankan sepenuhnya secara bersemuka di Pusat Pertandingan yang akan ditetapkan.
Pemenang terbahagi kepada 2 kategori iaitu Individu dan Kumpulan.
Setiap peserta layak untuk memenangi hadiah untuk kedua-dua kategori Kumpulan dan Invididu.
Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan menerima hadiah wang tunai beserta e-Sijil manakala Pemenang Saguhati dan Sanjungan Kehormat pula akan menerima e-Sijil sahaja.
Semua peserta yang hadir akan diberikan e-Sijil Penyertaan.
Tidak. Bermula tahun 2021, proses pemilihan peserta ke IMO akan dijalankan sendiri oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tanpa melibatkan mana-mana pertandingan matematik di Malaysia termasuklah OMK.
Bermula tahun 2022, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan arahan bagi mana-mana pertandingan yang melibatkan yuran penyertaan, pelajar yang terlibat tidak akan layak mendapat markah PAJSK. Sila rujuk pekeliling yangdikeluarkan oleh KPM untuk maklumat lebih lanjut.
https://www.omk-persama.org.my/wp-content/uploads/2022/06/SPI-Bil-5.2018.pdf
Ya. Anda hanya boleh mendaftar sebagai peserta persendirian (individu atau kumpulan) dengan bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM120.00/(individu atau kumpulan) kerana anda tidak layak untuk mendaftar sebagai Ahli Institusi PERSAMA.
Ya. Anda boleh mendaftar sebagai peserta di bawah Pusat Tuisyen yang berdaftar. Pusat Tuisyen juga layak layak untuk mendaftar sebagai Ahli Institusi PERSAMA bagi mendapatkan pengurangan yuran penyertaan. Ahli kumpulan boleh terdiri daripada pelajar dari sekolah berbeza atau homeshooling.
Pihak sekolah/institusi boleh menghantar bukti Keahlian Institusi PERSAMA melalui e-mel kepada Sekretariat OMK (umtomk@gmail.com) atau Penyelaras Negeri masing-masing untuk pengesahan.
Pertandingan ini terbuka untuk pelajar sekolah menengah sehingga pra-universiti sahaja. Walaubagaimanapun, pelajar sekolah rendah yang berumur 12 tahun dan kebawah dibenarkan mendaftar sebagai peserta persendirian sekiranya pernah mewakili Malaysia dalam mana-mana pertandingan matematik peringkat antarabangsa. Hal ini kerana tahap kesukaran set soalan pertandingan ini adalah lebih tinggi dan tidak sesuai untuk pelajar sekolah rendah.
Ya. Anda boleh menyertai pertandingan ini mengikut kategori yang dibenarkan.