Pendaftaran Dibuka
Pendaftaran Dibuka
Pendaftaran OMK bagi tahun 2026 kini telah dibuka! Jom daftar sekarang! Pendaftaran OMK bagi tahun 2026 kini telah dibuka! Jom daftar sekarang! Pendaftaran OMK bagi tahun 2026 kini telah dibuka! Jom daftar sekarang!
Pendaftaran OMK bagi tahun 2026 kini telah dibuka! Jom daftar sekarang! Pendaftaran OMK bagi tahun 2026 kini telah dibuka! Jom daftar sekarang! Pendaftaran OMK bagi tahun 2026 kini telah dibuka! Jom daftar sekarang!

Selamat Datang ke Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan 2026
Pertandingan Matematik Terulung di Malaysia!

Tentang OMK
Pertandingan OMK ialah satu pertandingan matematik peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) sejak tahun 1971. OMK merupakan pertandingan akademik paling berprestij di Malaysia, di mana para pelajar dari seluruh negeri bertanding untuk menyelesaikan masalah-masalah matematik yang mencabar. Selain itu, OMK juga berperanan sebagai satu inisiatif utama dalam usaha menggalakkan minat terhadap sains matematik dalam kalangan pelajar. Melalui penyertaan dalam pertandingan ini, pelajar didorong untuk melihat matematik bukan sekadar subjek di bilik darjah, tetapi sebagai satu bidang ilmu yang menarik, mencabar dan mempunyai aplikasi yang luas dalam dunia sebenar. OMK turut menyemai semangat daya saing yang sihat, keyakinan diri, serta budaya kecemerlangan akademik dalam kalangan generasi muda.
Secara keseluruhannya, OMK bukan sekadar pertandingan, tetapi sebuah wadah pembangunan bakat, pemikiran aras tinggi dan kecintaan terhadap matematik yang menyumbang kepada pembinaan modal insan berkualiti untuk masa hadapan negara. Bagi tahun ini, OMK 2026 dianjurkan oleh PERSAMA dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan akan diadakan pada 27 Jun 2026. Penyertaan dibuka kepada pelajar yang berminat untuk menguji kebolehan serta mencabar diri dalam pertandingan matematik berprestij ini. Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran ialah pada 10 Jun 2026.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan matematik kebangsaan yang berprestij. Daftar sekarang dan sahut cabaran OMK 2026!
Pendaftaran Dibuka
Tutup pendaftaran
Bayaran akhir
Pertandingan
Jom Sertai Kami!!

Pendaftaran
Peserta Sejak
1971
Sekolah /
Institusi Terlibat