PENDAFTARAN DAN YURAN

Pendaftaran adalah secara berkumpulan (4 peserta / kumpulan) dan bilangan kumpulan adalah tidak terhad. Yuran pendaftaran adalah seperti di bawah:

PerkaraBayaran
Ahli Sekolah / Institusi PERSAMAYuran PERSAMARM50
Kumpulan Pertama (Setiap Kategori)RM60
Kumpulan Berikutnya (Sama Kategori)RM50
Bukan Ahli Sekolah / Institusi PERSAMASetiap KumpulanRM120

Pendaftaran 10 kumpulan melayakkan 1 kumpulan tambahan secara percuma (10+1). Untuk pendaftaran, boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang Excel di sini dan lengkapkan maklumat yang diperlukan. Borang ini mengandungi empat tab.
  2. Isikan maklumat sekolah pada tab pertama:
  3. Pada tab kedua, sila isi pilihan keahlian PERSAMA dengan memilih sama ada NEW/RENEW MEMBERSHIP atau NOT INTERESTED. Pilihan ini adalah wajib:
  4. Kemudian, isikan maklumat peserta (Bongsu, Muda, atau Sulung) di ruangan yang disediakan.
  5. Pada tab ketiga, tidak perlu mengisi apa-apa. Wakil sekolah hanya perlu menyemak sama ada jumlah harga yang dipaparkan adalah selari dengan bilangan peserta yang didaftarkan.
  6. Buat pembayaran ke akaun di bawah:
    Nama Bank:Bank Muamalat Malaysia Berhad
    No. Akaun:1207-0002640-71-3
    Nama:Persatuan Sains Matematik Malaysia
  7. Emelkan borang Excel yang telah lengkap diisi bersama resit pembayaran ke alamat e-mel berikut: omkutm@gmail.com.
  8. Hebahan rasmi OMK 2026 kini telah disiarkan. Surat hebahan dan maklumat wakil penyelaras negeri boleh dirujuk di sini.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran dan pertandingan, boleh ke halaman Soalan Lazim atau emelkan ke omkutm@gmail.com.