SOALAN LAZIM 2026

Pertandingan OMK ialah satu pertandingan matematik peringkat kebangsaan anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) sejak tahun 1971. Ia merupakan pertandingan matematik yang berprestij di Malaysia, yang mana para pelajar dari seluruh negara akan bertanding untuk menyelesaikan permasalahan matematik yang mencabar. Pertandingan ini juga merupakan satu inisiatif ke arah penggalakan sains matematik di kalangan para pelajar.

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting OMK bagi tahun 2026:

PerkaraTarikh
Pendaftaran Akhir10 Jun 2026
Pembayaran Akhir10 Jun 2026
Pertandingan OMK27 Jun 2026

Pendaftaran boleh dilakukan dengan memuat turun Borang Pendaftaran Peserta OMK 2026 dari portal rasmi OMK (https://www.omk-persama.org.my/). Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan dihantar semula melalui e-mel kepada Sekretariat OMK (omkutm@gmail.com).

Terdapat dua pilihan yuran seperti berikut:

PerkaraBayaran
Ahli Sekolah / Institusi PersamaYuran PersamaRM50
Kumpulan Pertama (Setiap Kategori)RM60
Kumpulan Berikutnya (Sama Kategori)RM50
Bukan Ahli Sekolah / Institusi PersamaSetiap KumpulanRM120

Dalam Borang Pendaftaran Peserta OMK 2026, pada bahagian Maklumat Bayaran, sila pilih pilihan (A) Sekolah/Institusi yang MAHU menjadi Ahli Institusi PERSAMA atau pilihan (B) Sekolah/Institusi yang TIDAK MAHU menjadi atau Bukan Ahli Institusi PERSAMA. Resit rasmi bayaran akan dikeluarkan kepada pihak sekolah/institusi selepas bukti pembayaran diterima oleh Sekretariat OMK melalui e-mel omkutm@gmail.com).

Keahlian PERSAMA perlu diperbaharui setiap tahun dan pendaftaran keahlian boleh dilakukan serentak dengan pendaftaran peserta OMK 2025 dengan memilih pilihan (A) Sekolah/Institusi yang MAHU menjadi Ahli Sekolah/Institusi PERSAMA pada bahagian Maklumat Bayaran dalam Borang Pendaftaran Peserta OMK 2026. Bayaran bagi yuran keahlian PERSAMA akan dikira secara automatik beserta bayaran yuran pendaftaran. Pendaftaran keahlian PERSAMA ini hanyalah untuk sekolah/institusi sahaja termasuk pusat tuisyen yang berdaftar dan tidak tertakluk kepada peserta persendirian (homeschooling).

Pertandingan OMK terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut:

KategoriPelajar
BongsuTingkatan 1 & 2
MudaTingkatan 3 & 4
SulungTingkatan 5 & 6 / Matrikulasi / Setara

Pertandingan akan dijalankan secara bersemuka di pusat-pusat pertandingan terpilih di seluruh Malaysia. Lokasi pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman sesawang OMK (https://www.omk-persama.org.my/) dua minggu sebelum hari pertandingan.

Format pertandingan adalah seperti berikut:

  • Setiap peserta perlu hadir ke pusat pertandingan yang telah ditetapkan and mengikut arahan yang diberikan oleh Ketua Pengawas.
  • Tempoh masa diberikan ialah 2 jam 30 minit.
  • Peserta boleh mula menjawab pada jam 10:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Sepuluh (10) minit tambahan akan diberikan untuk menyemak semua jawapan sehingga jam 12:40 tengah hari.
  • Semua soalan diberikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Terdapat dua (2) bahagian soalan dengan jumlah soalan sebanyak sembilan (9) soalan:
    BahagianNo. SoalanMarkah
    A12
    22
    32
    42
    52
    62
    B16
    26
    36
  • Markah maksimum ialah tiga puluh (30) markah. Tiada markah ditolak untuk jawapan yang salah atau tidak dijawab.

Pemenang terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu kategori individu dan kumpulan bagi setiap kategori Bongsu, Muda dan Sulong. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan menerima wang hadiah beserta sijil penghargaan. Pemenang Saguhati dan Sanjungan Kehormat akan menerima sijil penghargaan sahaja. Semua peserta pertandingan OMK 2026 yang hadir akan diberikan sijil penyertaan.

Tidak. Bermula tahun 2022, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lagi terlibat dengan mana-mana pertandingan matematik di Malaysia untuk pemilihan wakil peserta ke IMO.

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Sekretariat OMK melalui e-mel (omkutm@gmail.com) atau penyelaras negeri masing-masing seperti berikut:

Nama Penyelaras NegeriNo. Tel.E-melNegeri
Dr. Fuaada Mohd Siam011-6534 5002fuaada@utm.myJohor
Dr. Shazirawati Binti Mohd Puzi019-772 8782shazirawati@utm.myKedah / Perlis
Dr. Norsyahida Binti Zulkifli019-517 0032norsyahida.zulkifli@utm.myKelantan
Dr. Nur Arina Bazilah Binti Kamisan017-696 2029nurarinabazilah@utm.myMelaka / Negeri Sembilan
Dr. Nurul Aini Binti Jaafar010-834 2991nurulaini.jaafar@utm.myPahang
Dr. Farhana Bt Johar012-706 2431farhanajohar@utm.myPerak
Dr. Siti Rohani Binti Mohd Nor013-747 5280sitirohani@utm.myPulau Pinang
Dr. Suzarina Binti Ahmed Sukri 011-2895 8749suzarina@utm.mySabah
Dr. Noraihan Afiqah Binti Rawi013-759 1132noraihanafiqah@utm.mySarawak
Dr. Muhamad Hanis bin Mohd Nasir011-1931 6583muhamadhanis@utm.mySelangor
Dr. Ahmad Fadillah Bin Embong013-277 0732ahmadfadillah@utm.myTerengganu
Dr. Siti Mariam Norrulashikin019-736 1316sitimariam@utm.myWP Kuala Lumpur / Putrajaya

Ya. Tetapi anda hanya boleh mendaftar sebagai peserta persendirian (individu atau kumpulan) yang terdiri daripada pelajar homeschooling sahaja dengan bayaran yuran pendaftaran penuh RM120.00/(individu atau kumpulan). Ini kerana pendaftaran sebagai Ahli Institusi PERSAMA hanya untuk sekolah dan institusi yang berdaftar sahaja (sila rujuk soalan 4-6).

Sila rujuk soalan 3 untuk proses pendaftaran.

Ya. Anda boleh mendaftar sebagai peserta di bawah pusat tuisyen yang berdaftar dan layak untuk mendaftar sebagai Ahli Institusi PERSAMA bagi mendapatkan pengurangan yuran pendaftaran (sila rujuk soalan 4 dan 5). Ahli kumpulan boleh terdiri daripada pelajar dari sekolah berbeza atau homeschooled.

PIhak sekolah/institusi boleh menghantar bukti keahlian institusi PERSAMA kepada Sekretariat OMK melalui e-mel untuk pengesahan. Kemudian, pihak sekolah/institusi boleh mengurangkan yuran keahlian PERSAMA (RM50) semasa membuat bayaran pendaftaran OMK 2026.

Pertandingan ini terbuka untuk pelajar sekolah menengah sehingga pra-universiti sahaja. Walaubagaimanapun, pelajar sekolah rendah yang berumur 12 tahun dan kebawah boleh mendaftar sebagai peserta persendirian, sekiranya pernah mewakili Malaysia dalam mana-mana pertandingan matematik peringkat antarabangsa. Hal ini kerana tahap kesukaran set soalan pertandingan OMK 2026 ini adalah tinggi dan tidak sesuai untuk pelajar sekolah rendah.

Ya. Anda boleh menyertai pertandingan ini mengikut kategori yang dibenarkan. Syarat penyertaan tersebut telah dimansuhkan dan tidak lagi terpakai.

Tidak. Keahlian PERSAMA perlu diperbaharui setiap tahun, dan pendaftaran keahlian boleh dilakukan serentak dengan pendaftaran peserta OMK 2026.

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

Nama Bank:Bank Muamalat Malaysia Berhad
No. Akaun:1207-0002640-71-3
Nama:Persatuan Sains Matematik Malaysia

Salinan cek dan resit deposit (jpeg, pdf, etc) perlu dihantar melalui e-mel kepada Sekretariat OMK (omkutm@gmail.com) sebagai bukti pembayaran.

Ya. Pihak sekolah/institusi boleh mengepos cek tersebut ke alamat berikut:

Dr. Mohammad Izat Emir Zulkifly
Ketua Penyelaras
Olimpiad Matematik Kebangsaan 2026 (OMK 2026)
d/a Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor