
Soalan Lazim

Pertandingan OMK ialah satu pertandingan matematik peringkat kebangsaan anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA)sejak tahun 1971. Ia merupakan pertandingan matematik yang berprestij di Malaysia, yang mana para pelajar dari seluruh negara akan bertanding untuk menyelesaikan permasalahan matematik yang mencabar. Pertandingan ini juga merupakan satu inisiatif ke arah penggalakan sains matematik di kalangan para pelajar.

Tarikh-tarikh penting pertandingan OMK adalah seperti berikut:
Pendaftaran Akhir : 15 Julai 2025
Pembayaran Akhir : 22 Julai 2025
Pertandingan OMK : 12 Ogos 2025

Pendaftaran boleh dilakukan dengan memuat turun Borang Pendaftaran Peserta OMK 2025 dari
portal rasmi OMK (https://www.omk-persama.org.my/). Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap
dan dihantar semula melalui e-mel kepada Sekretariat OMK (omkutm@gmail.com).

Terdapat 2 pilihan yuran pendaftaran seperti berikut:
Dalam Borang Pendaftaran Peserta OMK 2025, pada bahagian Maklumat Bayaran, sila pilih pilihan
(A) Sekolah/Institusi yang MAHU menjadi Ahli Sekolah/Institusi PERSAMA atau pilihan (B)
Sekolah/Institusi yang TIDAK MAHU menjadi atau BUKAN Ahli Sekolah/Institusi PERSAMA. Resit
rasmi bayaran akan dikeluarkan kepada pihak sekolah/institusi selepas bukti pembayaran diterima
oleh Sekretariat OMK melalui e-mel omkutm@gmail.com).

Keahlian PERSAMA perlu diperbaharui setiap tahun dan pendaftaran keahlian boleh dilakukan
serentak dengan pendaftaran peserta OMK 2025 dengan memilih pilihan (A) Sekolah/Institusi yang
MAHU menjadi Ahli Sekolah/Institusi PERSAMA pada bahagian Maklumat Bayaran dalam Borang
Pendaftaran Peserta OMK 2025. Bayaran bagi yuran keahlian PERSAMA akan dikira secara automatik
beserta bayaran yuran pendaftaran. Pendaftaran keahlian PERSAMA ini hanyalah untuk
sekolah/institusi sahaja termasuk pusat tuisyen yang berdaftar dan tidak tertakluk kepada peserta
persendirian (homeschooling).

Pertandingan OMK terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut:


Pertandingan akan dijalankan secara bersemuka di pusat-pusat pertandingan terpilih di seluruh Malaysia. Lokasi pusat pertandingan akan dimaklumkan di laman sesawang OMK (https://www.omk-
persama.org.my/) dua minggu sebelum hari pertandingan.



Pemenang terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu kategori individu dan kumpulan bagi setiap
kategori Bongsu, Muda dan Sulong. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan menerima
wang hadiah beserta sijil penghargaan. Pemenang Saguhati dan Sanjungan Kehormat akan menerima
sijil penghargaan sahaja. Semua peserta pertandingan OMK 2025 yang hadir akan diberikan sijil
penyertaan.

Tidak. Bermula tahun 2022, PERSAMA tidak terlibat dalam pemilihan wakil peserta ke IMO. Pemilihan ini diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Sekretariat OMK melalui e-mel
(omkutm@gmail.com) atau penyelaras negeri masing-masing seperti berikut:
| Dr. Fuaada Mohd Siam | 011-6534 5002 | fuaada@utm.my | Johor |
| Dr. Shazirawati Binti Mohd Puzi | 019-772 8782 | shazirawati@utm.my | Kedah/Perlis |
| Dr. Norsyahida Binti Zulkifli | 019-517 0032 | norsyahida.zulkifli@utm.my | Kelantan |
| Dr. Nur Arina Bazilah Binti Kamisan | 017-696 2029 | nurarinabazilah@utm.my | Melaka/Negeri Sembilan |
| Dr. Nurul Aini Binti Jaafar | 010-834 2991 | nurulaini.jaafar@utm.my | Pahang |
| Dr. Farhana Bt Johar | 012-706 2431 | farhanajohar@utm.my | Perak |
| Dr. Siti Rohani Binti Mohd Nor | 013-747 5280 | sitirohani@utm.my | Pulau Pinang |
| Dr. Suzarina Binti Ahmed Sukri | 011-2895 8749 | suzarina@utm.my | Sabah |
| Dr. Noraihan Afiqah Binti Rawi | 013-759 1132 | noraihanafiqah@utm.my | Sarawak |
| Dr. Muhamad Hanis bin Mohd Nasir | 011-1931 6583 | muhamadhanis@utm.my | Selangor |
| Dr. Ahmad Fadillah bin Embong | 013-277 0732 | ahmadfadillah@utm.my | Terengganu |
| Dr. Siti Mariam Norrulashikin | 019-736 1316 | sitimariam@utm.my | WP Kuala Lumpur/Putrajaya |

Ya. Tetapi anda hanya boleh mendaftarsebagai peserta persendirian (individu atau kumpulan) yang terdiri daripada pelajar homeschooling sahaja dengan bayaran yuran pendaftaran penuh
RM120.00/(individu atau kumpulan). Ini kerana pendaftaran sebagai Ahli Sekolah/Institusi PERSAMA hanya untuk sekolah dan institusi yang berdaftar sahaja (sila rujuk soalan 4-6).

Sila rujuk soalan 3 untuk proses pendaftaran.

Ya. Anda boleh mendaftar sebagai peserta di bawah pusat tuisyen yang berdaftar dan layak untuk mendaftar sebagai Ahli Sekolah/Institusi PERSAMA bagi mendapatkan pengurangan yuran
pendaftaran (sila rujuk soalan 4 dan 5). Ahli kumpulan boleh terdiri daripada pelajar dari sekolah
berbeza atau homeschooled.

PIhak sekolah/institusi boleh menghantar bukti keahlian institusi PERSAMA kepada Sekretariat
OMK melalui e-mel untuk pengesahan. Kemudian, pihak sekolah/institusi boleh mengurangkan yuran keahlian PERSAMA (RM50) semasa membuat bayaran pendaftaran OMK 2025.

Pertandingan ini terbuka untuk pelajar sekolah menengah sehingga pra-universiti sahaja.
Walaubagaimanapun, pelajar sekolah rendah yang berumur 12 tahun dan kebawah boleh mendaftar sebagai peserta persendirian, sekiranya pernah mewakili Malaysia dalam mana-mana pertandingan matematik peringkat antarabangsa. Hal ini kerana tahap kesukaran set soalan pertandingan OMK 2025 ini adalah tinggi dan tidak sesuai untuk pelajar sekolah rendah.

Ya. Anda boleh menyertai pertandingan ini mengikut kategori yang dibenarkan. Syarat penyertaan
tersebut telah dimansuhkan dan tidak lagi terpakai.

Tidak. Keahlian PERSAMA perlu diperbaharui setiap tahun, dan pendaftaran keahlian boleh
dilakukan serentak dengan pendaftaran peserta OMK 2025.

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
Nama Bank : Bank Muamalat Malaysia Berhad
No. Akaun : 1207-0002640-71-3
Nama : Persatuan Sains Matematik Malaysia
Salinan cek dan resit deposit (jpeg, pdf, etc) perlu dihantar melalui e-mel kepada Sekretariat OMK (omkutm@gmail.com) sebagai bukti pembayaran.

Ya. Pihak sekolah/institusi boleh mengepos cek tersebut ke alamat berikut:
Dr. Mohammad Izat Emir Zulkifly,
Ketua Penyelaras,
Olimpiad Matematik Kebangsaan 2025 (OMK 2025),
d/a Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains,
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia.